Eyelash extensions ialah satu cara yang digunakan bagi memanjangkan, menebalkan dan memenuhkan bulu mata asli. Pemanjangan mungkin dibuat daripada beberapa bahan termasuk bulu daripada binatang, sintetik atau bulu kuda.
Pemanjang bulu mata memiliki dua jenis;
- bulu mata palsu sementara (false temporary eyelash) yang boleh dilepas
- bulu mata semi-permanent eyelash. Kaedah utama pemanjangan adalah dengan menggunakan lem untuk melekatkan bulu tersebut satu persatu pada bulu mata asli supaya bulu-bulu mata tersebut melekat satu sama lain.
Dalam masalah pemakaian bulu mata palsu, perlu dilihat dari beberapa sudut:
Kesucian
Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu rambut dari manusia atau bangkai hewan kerana tidak sah dibawa solat, dan haram kerana sengaja membawa najis ke badan tanpa ada keperluan.
Jika menggunakan bulu mata palsu semi permanen dengan menggunakan lem yang akan menghalang air sampai ke kulit dan
setiap bulu mata, maka hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib.
Qias dengan larangan menyambung rambut
Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya. Haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Kesehatan
Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang membahayakan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia).
Kecantikan
Haram hukumnya memasang bulu mata palsu sementara dan semi permanentl bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, hewan, bulu sintetik, kecuali dengan izin suami.
Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu yang menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, dengan keizinan suami, dan tidak menggunakan bulu mata palsu semi permament yang menghalang air untuk bersuci.
Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau ada kecacatan yang menyebabkan bulu matanya rusak atau cacat, maka pemakaiannya diperbolehkan, dengan syarat tidak menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci.