Apa itu Sertu ?

0
443
Bismillah
Kadang bingung apa bed sertu dan samak dalam hal yang berhubungan dengan membersihkan najis.
Pada post ini akan dibahas tentang sertu terlebih dahulu.
Di Malaysia sudah terdapat sabun yang boleh digunakan untuk sertu, dimana dalam sabun tersebut juga mengandung tanah. Sehingga diperbolehkan penggunaannya untuk menggantikan tanah pada pencucian 7x di sertu ini.
Sertu bermaksud menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah / najis berat iaitu anjing, babi dan keturunannya.
Najis mughallazah semua perkara yang bersumber dari anjing atau babi atau keturunan dari keduanya dapat berupa jilatan, air liur, daging, lemak, tulang atau apa-apa ‘extract’ dari keduanya adalah dianggap sebagai najis mughallazah (najis berat).
Cara Sertu

i. Cara sertu dengan menggunakan tanah.

ii. Cara sertu dengan menggunakan sabun tanah liat.

Sertu membasuh najis mughallazah dengan tujuh (7) kali air bersih di mana salah satunya dengan air yang bercampur tanah.

Sebaik- baiknya air yang pertama dicampur dengan tanah kemudian diikuti dengan enam (6) kali basuhan menggunakan air mutlak yang lain.

Hikmah sertu ialah untuk menghindarkan penyakit dari dijangkiti oleh sebarang kuman yang terdapat pada binatang.

Spesifikasi atau jenis tanah yang digunakan untuk sertu

i. Tidak mengandungi unsur najis.

ii. Bebas daripada sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya.

iii. Bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum (musta’mal).

Spesifikasi atau jenis air yang digunakan untuk sertu :

i. Air bersih/suci ( air mutlak )

ii. Bukan air musta’mal ( air yang telah digunakan)

iii. Air yang tidak tercemar dengan sebarang unsur najis.

Semoga bermanfaat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here