Ulama banyak membincangkan masalah makanan berdasarkan surah Al-Maidah ayat 3 yang menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan menetapkan 10 jenis binatang yang haram.
Ayat ini menjadi panduan dalam menentukan kehalalan suatu makanan dan produk disamping ayat-ayat lain yang menjelaskannya secara umum.
Ringkasnya: Secara umumnya binatang yang diharamkan untuk dimakan itu ada empat jenis, dan secara terperincinya sebanyak sepuluh jenis yaitu: (Yusuf al-Qardhawi 1993 dan al-Ghazali 2000)
Makanan Pertama:
Bangkai Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih atau dengan berburu.
Makanan Kedua: Darah Yang Mengalir
Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orangorang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.
Makanan Ketiga: Daging Babi
Daging babi telah diharamkan kerana makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis.
Makanan Keempat: Binatang Yang Disembelih Bukan kerana Allah
Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yaitu binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.
Makanan Kelima:Al-Munkhaniqah
Al-Munkhaniqah yaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati.
Makanan Keenam: Al-Mauqudzah
Al-Mauqudzah yaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.
Makanan Ketujuh: Al-Mutaraddiyah
Al-Mutaraddiyah yaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati.
Makanan Kelapan: An-Nathihah
An-Nathihah yaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati.
Makanan Kesembilan: Maa akalas sabu Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati.
Makanan kesepuluh: Binatang yang Disembelih Untuk Berhala