Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan (Zulkifli Mohamed al-Bakri 2005) yaitu berdasarkan :
- surah al-An’am : 145
- surah A’araf ; 157
- surah al-Maidah : 4
Prinsip Pertama:
Semua binatang yang dianggap baik oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada zaman Rasullullah S.A.W adalah Halal.
Berdasarkan prinsip tersebut binatang yang halal ialah:
1- Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab
2- Binatang yang dapat dimakan yaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, kijang, kelinci dll yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh syariat
Prinsip Kedua:
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.
Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau.
Manakala burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung elang dan burung rajawali.
Prinsip ketiga:
Semua jenis binatang yang sunah dibunuh adalah haram dimakan.
Binatang tersebut seperti ular, kalajengking, gagak, tikus dan semua binatang yang memudharatkan.